Saya salah seorang dari 21 anggota 501 yang berjaya memperolehi beret meroone selepas lulus ujian dalam Krusus Pagasus
pada tahun 2000. Tuan rumah adalah 8RRD Para.
Dan seperti semua anggota airborne 501 kami susah sekali untuk melakukan penerjunan lanjutan walaupun Brig Jen Shahrome
komandan kami ketika itu. Pernah suatu ketika pada tahun 2003 saya dan 2 orang officer memohon untuk melakukan penerjunan
bersama 10 Bgd Para untuk satu eks tapi pegawai latih memaklumkan hanya komandan sahaja di jemput dan perkara hanya komandan
sahaja di jemput berulang berkali-kali. Mungkin itulah nasib anggota wataniah. Di cop sebagai askar kelas kedua dan tidak
dapat untuk memajukan diri sendiri demi pasukan dan negara.
Tetapi jikalau di takdirkan berlaku perkara yang mendatangkan ancaman kepada negara, wataniah juga akan di panggil dan
bagi menampung kekurangan anggota di bahagian hadapan. Kalau dari mula wataniah di pandang sebelah mata pernahkah pihak tetentu
berfikir macam mana agaknya kredibiliti yang akan di pamirkan oleh anggota wataniah ini. Saya bukan nak mengecilkan wataniah
tetapi untuk membuka mata pihak yang memperkecilkan kemampuan kita.
Berbalik kepada penerjunan. Selepas tidak mendapat 'green light' dari pasukan ada anggota yang sanggup menebalkan muka
pergi ke 10 Bgd Para atau pun Komando agar di benarkan terjun bersama. Saya dan beberapa rakan yang lain juga terpaksa berbuat
begitu tanpa pengetahuan rejimen. dan ada anggota/JL mengelarkkan kami PARA SEJUK kerana menyangka kami tidak pernag terjun
selepas asas payung terjun.. Tak pe..kami diamkan sahaja kerana tidak mahu rejimen tahu kerana pernah saya kena marah
setelah mendapat tahu saya terjun tanpa pengetahuan rejimen...
Lantak lah, kalau bagi tahu pun belum tentu dapat pergi..... Sekurang-kurangnya kami tahu bahawa kami ada lagi tempat
di 10 Bgd.[terutama 8RRD yang sentiasa melayan kami seperti saudara (AIRBORNE BROTHERHOOD). Mereka ini mempunyai semangat
dan sikap profesional yang cukup tinggi. Syabas 8 RRD PARA]
Ada juga JL yang mengancam dan menyumpah..mungkin kerana rasa tercabar/ iri hati tentang pencapaian askar wataniah yang
melebihi mereka.Seperti yang berlaku pada saya bila seorang JL berpangkat sarjan kata...'kalau kau pergi jugak, mampus la
kau payung tak bukak.'
Sikap segelintir JL sebeginilah yang akan menjahanamkan askar wataniah. Bukannya mahu membantu meningkatkan wataniah
tetapi seperti mahu membunuh. Mereka ini orang yang tidak ikhlas dangan kerja dan mempunyai masaalah 'hati busuk' yang sukar
di perbaiki. Saya tak tahu lah kalau perkara ini berlaku di rejimen lain tetapi di tempat saya memang berlaku. Di sebabkan
1, 2 orang JL yang berhati busuk ini habis semua JL terkena baunya.
Ada juga JL yang menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas. Mungkin mereka ini datang dari keturunan yang baik-baik dan
benar-benar ikhlas atas tugas dan tanggungjawab. JL yang sebegini lah yang di perlukan oleh Askar Wataniah.